Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Ratusan mangsa penyeludupan berjaya diselamatkan

    THE HAGUE, 1 JUN – Satu operasi besar-besaran yang menyasarkan penyeludup manusia di 44 negara telah berjaya menahan 212 suspek dan mengenal pasti hampir 1,500 mangsa, kebanyakannya kanak-kanak, kata agensi kepolisan EU, Europol hari ini.

    “Rangkaian operasi global yang diketuai Austria dan Romania berlangsung antara 8 dan 15 Mei melibatkan polis, imigresen dan pihak berkuasa sempadan serta perkhidmatan perlindungan kanak-kanak dan sosial,” kata Europol.

    Operasi itu memberi tumpuan kepada “kumpulan jenayah terancang yang terlibat dalam pemerdagangan manusia, khususnya pemerdagangan kanak-kanak, eksploitasi seksual, jenayah paksa dan mengemis secara paksa,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tinjauan itu, di mana kira-kira 1.6 juta orang diperiksa, 25,400 lokasi dan 153,500 kenderaan digeledah, mencari pengedar yang mengeksploitasi mangsa dari Amerika Selatan, Asia, Afrika, Balkan barat dan Ukraine.

    Kira-kira 8,644 penerbangan turut dipantau dalam operasi yang diselaraskan oleh Europol, Interpol dan agensi sempadan EU, Frontex.

    Pihak berkuasa Colombia turut menahan tujuh suspek dan mengenal pasti 27 wanita mangsa eksploitasi seksual, manakala di Macedonia Utara, 11 suspek ditangkap kerana mengeksploitasi seksual kanak-kanak bawah umur dan pemerdagangan manusia.

    Ramai mangsa pemerdagangan yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...