Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ratusan mohon keadilan insiden runtuhan menara

    TEHRAN, 27 MEI – Beratus-ratus orang turun ke jalan-jalan raya di barat daya Iran menuntut keadilan selepas kejadian blok menara runtuh membunuh 24 orang, menurut rangkaian berita Iran, hari ini.

    Sebahagian besar blok bangunan Metropol 10 tingkat yang masih dalam pembinaan di bandar Abadan, wilayah Khuzestan, runtuh pada Isnin, mengakibatkan salah satu bencana berdarah di Iran dalam bertahun-tahun.

    Imej yang diterbitkan oleh agensi berita Fars menunjukkan ratusan penduduk berarak di sepanjang jalan di Abadan malam semalam, meratapi mangsa yang terkorban dengan memukul gendang dan simbal.

    Orang ramai turut berarak di jalan-jalan di bandar Khorramshahr, di wilayah yang sama, meluahkan simpati mereka ke atas keluarga yang terkorban dan menuntut perbicaraan ‘adil dan tegas’ terhadap mereka yang bertanggungjawab, lapor Fars.

    Bantahan serupa turut diadakan pada malam Rabu di Abadan, menurut laporan televisyen kerajaan.

    Lebih empat hari selepas blok menara runtuh, pasukan penyelamat masih menemui mayat di bawah runtuhan.

    Video yang dimuat naik di laman sesawang agensi berita Tasnim hari ini menunjukkan penyelamat membawa pengusung dengan mayat dimasukkan ke dalam beg hitam.

    Gabenor Abadan, Ehsan Abbaspour, dipetik agensi berita ISNA, sebagai berkata bahawa jumlah mangsa yang terkorban dalam bencana itu kekal 24 orang, meningkat daripada 19 sebelumnya.

    Pegawai berkata 37 orang turut tercedera, meskipun kebanyakan mereka sudah keluar dari hospital. – AFP

    Gambar menunjukkan serpihan bangunan komersial 10 tingkat yang runtuh pada kejadian yang berlaku di bandar Abadan, Iran, 23 Mei lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...