LONDON, 5 OKT – Saham dalam syarikat yang memiliki pawagam Regal, Cineworld dan Picturehouse merosot sebanyak 58 peratus selepas ia berkata ia akan menutup pawagam tersebut buat sementara waktu disebabkan penangguhan filem terbaharu James Bond meninggalkannya dengan jurang jadual besar dan tidak banyak filem blokbuster untuk menarik pelanggan semasa pandemik.
Cineworld Group Plc berkata hari ini bahawa 536 pawagam Regal di Amerika Syarikat (AS) dan 127 Cineworld dan Picturehouse di UK akan ditutup pada Khamis. Kira-kira 45,000 pekerja akan terjejas akibat penutupan itu.
Syarikat berkata dengan pasaran besar seperti New York ditutup dan tanpa panduan mengenai bila mereka akan dibuka semula, ‘studio keberatan untuk mengeluarkan filem baharu mereka.’
Tanpa pengeluaran filem berkenaan, syarikat tidak dapat memberikan pelanggan ‘filem komersial yang kukuh yang diperlukan untuk membolehkan mereka menimbang kembali semula ke pawagam di sebalik COVID-19.’
Saham Cineworld merosot 15.64 pound di London dan merosot 31 peratus pada 27.41 dalam perniagaan pagi. – AP

























