Ratusan pelajar ponteng kelas sertai protes antikerajaan

BEIRUT, 6 NOV – Beratus kanak-kanak sekolah memimpin demonstrasi antikerajaan di seluruh Lubnan hari ini, enggan kembali ke kelas sebelum tuntutan gerakan bantahan berusia tiga minggu dipenuhi.

Di ibu negara Beirut, berpuluh orang berkumpul di depan kementerian pendidikan, mengibar bendera Lubnan dan melaung slogan menuntut penyingkiran kelas politik yang dilihat sebagai tidak cekap dan korup.

“Apa akan saya lakukan dengan sijil tamat sekolah jika saya tidak mempunyai sebuah negara,” beritahu seorang pelajar kepada televisyen.

Dalam bantahan terbesar pimpinan pelajar, orang ramai mengerumuni dataran di selatan bandar Sidon, menuntut pendidikan awam yang lebih baik dan lebih banyak peluang pekerjaan untuk pelajar lepasan sekolah, lapor Agensi Berita Nasional (NNA).

Di sebuah sekolah di bandar peranginan Jounieh, utara ibu negara, murid-murid mengambil bahagian menentang ga-bernor sekolah yang menuduh mereka mengharam penyertaan dalam bantahan.

Bantahan pimpinan pelajar lain berlangsung di selatan bandar Tyre dan Nabatieh, bandar timur Zahleh dan bandar utara Byblos, menurut NNA dan laporan media Lubnan lain.

Namun penunjuk perasaan, yang meneruskan bantahan mereka sejak 17 Oktober, tidak menyekat jalan raya pada pagi ini. Bank dibuka dan kelas diteruskan di kebanyakan sekolah selepas jurang dua minggu.

Namun penunjuk perasaan berkumpul di institusi kerajaan untuk hari kedua berturut-turut, dalam apa yang nampaknya merupakan taktik baharu mengganti penutupan jalan. – AFP

Pelajar Lubnan mengibar bendera dan melaung slogan ketika mereka ber-kumpul dalam demonstrasi antikerajaan di selatan bandar Sidon kelmarin. – AFP