Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ratusan pelancong Ukraine terkandas di Zanzibar

    DAR ES SALAAM, 1 MAC – Tanzania berkata ia akan menjaga ratusan pelancong Ukraine yang terkandas di kepulauan Lautan Hindi, Zanzibar selepas Ukraine menutup ruang udaranya kepada penerbangan awam berikutan pencerobohan Rusia.

    Hampir 1,000 pelancong dari Ukraine menginap di hotel berbeza di wilayah separa autonomi itu, kata Menteri Pelancongan Zanzibar, Lela Mohammed Mussa kelmarin.

    “Perkara pertama yang kami lakukan ialah memastikan mereka kekal di tempat mereka walaupun masa mereka untuk mendaftar keluar sudah tiba,” kata Mussa.

    “Kami biarkan mereka tinggal di hotel dan dilayan,” tambahnya. Terkenal dengan perairan birunya, pantai berpasir putih dan ladang rempah, Zanzibar sangat bergantung pada pelancongan dan sebelum pandemik COVID-19, ia mengalu-alukan kedatangan kira-kira setengah juta pengunjung setahun.

    Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas jirannya, Ukraine minggu lalu, membunuh ratusan orang melalui pembedilan kemudahan tentera dan tentera darat dari utara, selatan dan timur. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...