Ratusan pelarian diuji positif COVID-19

LISBON, 20 APRIL – Lebih 130 pelarian yang telah ditempatkan di sebuah hostel belia di ibu negara Portugal Lisbon telah dijangkiti koronavirus dan sedang dikuarantin sekarang, kata pejabat datuk bandar hari ini.

Portugal telah membenarkan imigran yang sedang menunggu dokumen mereka diluluskan, terutamanya kemudahan mendapatkan penjagaan perubatan ketika darurat yang dikenakan pada bulan lalu untuk membendung pandemik koronavirus.

Daripada jumlah 180 penyewa, 138 diuji positif dan mereka telah dipindahkan dan ditempatkan dalam kuarantin, kata datuk bandar.

Hostel itu dikosongkan semalam selepas laporan kes seorang lelaki yang dimasukkan ke hospital, beritahu penolong datuk bandar Lisbon Carlos Costa kepada wartawan.

Menurut media tempatan, kesemua pelarian adalah lelaki yang telah memohon perlindungan di Portugal.

“Mereka adalah orang muda dari Mesir, Ivory Coast dan rantau lain di dunia,” beritahu Mohamed Abed, pegawai di masjid Lisbon, kepada televisyen awam RTP. – AFP