Ratusan pembantah wanita ditahan

MINSK, 20 SEPT – Polis rusuhan di Belarus semalam menahan ratusan wanita, termasuk seorang moyang yang telah menjadi ikon gerakan bantahan, tatkala peserta perarakan pembangkang berkumpul di Minsk untuk menamatkan pemerintahan 26 tahun Presiden Alexander Lukashenko.

Bantahan adalah yang terbaharu di mana wanita Belarus telah membanjiri jalan dengan bunga dan bendera.

Jumlah yang ditahan semalam adalah jauh lebih tinggi berbanding rapat pada minggu sebelumnya.

Wanita berkenaan ditahan oleh polis rusuhan dalam pakaian seragam hitam dan ‘balaclava’ serta pegawai dalam pakaian biasa dengan penutup mulut dan hidung.

Polis menahan wanita berkenaan dan mula mengheret mereka ke dalam van polis ketika mereka berdiri bergandingan tangan, menahan ratusan di antara mereka, kata wartawan AFP.

Pegawai penguatkuasa undang-undang menahan wanita semasa rapat untuk membantah keputusan pilihan raya presiden Belarus di Minsk pada 19 September 2020.- AFP

Kumpulan hak Viasa menyiarkan nama 328 wanita yang ditahan dalam talian, sementara jurucakap polis Olga Chemodanova memberitahu AFP jumlah yang ditahan akan diumumkan hari ini.

Polis menahan ramai pembantah sehingga mereka tidak mempunyai ruang dalam van, kata Majlis Penyelarasan pihak pembangkang.

Kira-kira dua ribu wanita mengambil bahagian dalam ‘Perarakan Sparkly’, memakai aksesori berkilat dan membawa bendera gerakan bantahan warna merah putih.

Di antara mereka yang ditahan semalam adalah Nina Baginskaya, aktivis berusia 73 tahun yang telah menjadi wajah terkenal gerakan bantahan, terkenal kerana tindakannya yang berani.

Perarakan adalah yang terbaharu dalam beberapa siri bantahan yang menggesa pemimpin itu meletak jawatan berikutan kemenangannya yang dipertikaikan dalam pilihan raya pada bulan lalu. – AFP