Ratusan penyokong bersenjata berhimpun sokong presiden AS

BANDAR OREGON, 8 SEPT – Ratusan penyokong presiden Donald Trump berhimpun dengan menaiki kenderaan untuk menyokong presiden Amerika Syarikat dan anggota polis berhampiran Portland, di mana aktivis antiperkauman telah berterusan bertempur dengan penguat kuasa undang-undang selama lebih 100 hari.

Sekumpulan kecil lelaki mengenakan peralatan paramilitari, sebahagian besar mereka memiliki senjata dari kumpulan ekstremis berhaluan kanan berlegar-legar di antara orang ramai yang kebanyakan mereka adalah dari golongan berkeluarga dan orang tua.

Kira-kira 300 buah kereta, termasuk sebahagian besarnya trak pikap, kemudian menyusuri jalan raya di sekitar bandar Oregon, kira-kira 30 batu dari Portland, sebelum bersurai. Sekitar 150 hingga 200 orang, yang diketuai oleh militan Proud Boys berhaluan kanan, yang penyokong kekuasaan kaum kulit putih, memutuskan untuk mengikuti jalan ke bandar Oregon, Salem, untuk mempamerkan sokongan di bangunan Capitol.

Ketegangan di kawasan Portland meningkat pada 29 Ogos apabila Aaron Danielson, 39, seorang penyokong berhaluan kanan dari kumpulan Patroit Prayer, ditembak mati di bandar itu.

Dia baru sahaja menyertai perarakan bermotor pro Trump pada Isnin dan meninggalkan perarakan untuk pergi ke Portland bersama peserta lain. Seorang lelaki bernama Michael Reinoehl, yang mendakwa dirinya ‘antifasis’ menerusi media sosial, menjadi suspek penembakan. Dia telah ditembak mati lima hari kemudian selepas pihak polis mencarinya. Reinoehl didakwa cuba untuk melarikan diri dan mengambil senjata apabila dia ditembak. – AFP

Ratusan penyokong Donald Trump berhimpun untuk menyokong presiden Amerika Syarikat dan anggota polis berhampiran Portland. – AP