Ratusan rakyat Thailand tunjuk perasaan di Bangkok

BANGKOK, 19 JULAI – Ratusan rakyat Thailand mengadakan tunjuk perasaan di Monumen Demokrasi Bangkok malam tadi, meminta pengunduran pemerintah, tanpa menghiraukan larangan berkumpul secara besar-besaran dalam keadaan darurat untuk mengekang penularan COVID-19.

Demonstrasi yang diketuai oleh kumpulan Free Youth itu berkumpul berhampiran Monumen Demokrasi di Ratchadamnoen Avenue, di Bangkok sejak petang tadi.

Penganjur membuat tiga tuntutan – pembubaran Parlimen, menghentikan gangguan terhadap pengkritik pemerintah dan menulis semula perlembagaan.

Dalam keadaan darurat, ketika ini, aktiviti berkumpul secara besar-besaran dilarang di negara berkenaan. – Bernama

Para pembantah menghadiri tunjuk perasaan antikerajaan di Monumen Demokrasi di Bangkok pada 18 Julai. – AFP