Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan ribu bakal hadiri upacara pembakaran Raja Bhumibol

    BANGKOK, 29 Sept – Kira-kira suku juta orang dijangka tiba di ibu negeri Thailand bagi upacara pembakaran jasad yang dirancang bagi mendiang Raja Bhumibol Adulyadej bulan depan, menurut seorang ketua junta hari ini.

    Kerajaan itu telah bersiap sedia bagi acara itu sejak kemangkatan Bhumibol di usia 88 tahun pada Oktober tahun lepas.

    Artisan-artisan diraja telah bekerja sepanjang masa untuk mendirikan unggun pengebumian di luar istana Bangkok, dilengkapi dengan menara tinggi dan diliputi dengan patung-patung binatang mitos.

    Acara yang akan diadakan selama empat hari bermula 25 hingga 29 Oktober itu adalah satu upacara menakjubkan dan berkait rapat dengan upacara agama Buddha, persembahan-persembahan budaya dan ritual istana penuh misteri yang akan menghantar roh Bhumibol ke akhirat.

    “Kami menjangkakan kira-kira 250,000 orang akan menghadiri upacara diraja ini,” kata timbalan ketua junta Prawit Wongsuwon memberitahu para wartawan hari ini, menambah bahawa unggun-unggun replika pengebumian akan ditempatkan di sekeliling Bangkok untuk membantu menyerap orang ramai.

    Gambar diambil pada 21 September menunjukkan wanita-wanita Thailand memegang foto mendiang Raja Bhumibol Adulyadej ketika satu festival tempatan di wilayah selatan Narathiwat. – AFP

    Beberapa 70,000 pegawai keselamatan akan dikerahkan untuk mengekalkan keamanan, tambahnya.

    Sejak kemangkatan Bhumibol, puluhan ribu orang berkabung berbaris setiap hari untuk mengunjungi dewan takhta di mana jasad Bhumibol ditempatkan.

    Dalam keseluruhan, lebih daripada 11 juta warga Thailand dari seluruh negara telah memberikan penghormatan masing-masing sepanjang tahun ini, menurut angka yang dikeluarkan oleh istana. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda