Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Ratusan tanglung merah menghiasi Labuan

LABUAN, 24 JAN – Menjelang Tahun Baharu Cina, ratusan tanglung telah dipasang di seluruh pusat bandar di sini dan kawasan sekitarnya sejak minggu lepas.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata hiasan itu digantung di sepanjang Jalan Merdeka, Jalan Tun
Mustapha, dan kawasan sekitar menuju ke bandar yang membawa suasana Tahun Baharu Cina sepanjang musim perayaan.

“Tanglung merah digantung untuk mewujudkan suasana Gong Xi Fa Cai dan perayaan Tahun Baharu Cina, dan kami mahu suasana perayaan dapat dirasai oleh orang ramai. Kami telah memulakan projek ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Bagaimanapun sambutan tahun ini mungkin tidak semeriah sebelum pandemik (COVID-19) kerana orang ramai masih mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan jangkitan,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

Suasana malam di Bulatan Jalan Merdeka, Pusat Bandar Labuan kelihatan meriah dengan hiasan dan dekorasi ratusan tanglung sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 1 Februari ini. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -