Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ratusan terkandas akibat Fiona

    CAGUAS, PUERTO RICO, 22 SEPT – Hurikan Fiona meninggalkan ratusan penduduk terkandas di seluruh Puerto Rico selepas merosakkan jalan raya dan jambatan, dengan pihak berkuasa masih bergelut untuk sampai ke kawasan itu empat hari selepas ribut membadai wilayah Amerika Syarikat (AS) itu dan mencetuskan banjir besar.

    Pegawai kerajaan telah bekerjasama dengan agensi lain untuk mengatasi runtuhan tanah, lumpur tebal dan asfalt pecah dengan berjalan kaki untuk membekalkan makanan, air dan ubat kepada penduduk yang memerlukan, tetapi mereka menerima tekanan untuk membersihkan jalan raya supaya kenderaan boleh masuk ke kawasan terpencil.

    Nino Correa, pesuruhjaya untuk agensi pengurusan kecemasan Puerto Rico, menganggarkan sekurang-kurangnya enam bandar di seluruh pulau mempunyai kawasan yang terputus oleh Fiona, yang melanda sebagai hurikan kategori 1 dan meningkat kepada kategori 4 pada hari ini ketika ia menuju ke Bermuda.

    Manuel Veguilla berkata dia tidak dapat meninggalkan kawasannya di utara gunung Caguas sejak Fiona melanda pada Ahad.

    ”Kami semua terpisah,” katanya, menambah dia bimbang dengan jirannya yang mempunyai orang tua, termasuk abangnya yang tidak mempunyai tenaga untuk berjalan jauh untuk pergi ke komuniti paling dekat. – AP

    Pemandangan jambatan yang rosak selepas Hurikan Fiona melanda Villa Esperanza di Salinas, Puerto Rico pada 21 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...