Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Ratusan terperangkap ribut salji di pergunungan Andes

    BUENOS AIRES, 11 JULAI – Lebih 400 orang termasuk pelancong dan pemandu lori terkandas dalam ribut salji di pergunungan Andes berhampiran sempadan Argentina-Chile, dengan suhu menjunam di bawah paras beku.

    Di Argentina, polis dan tentera telah menyelamatkan 120 orang manakala 200 lagi masih terperangkap pada ketinggian 3,000 meter.

    Pegawai dari Kampung Las Heras, Hector Tello, memberitahu media bahawa suhu turun sehingga -10 darjah Celsius dengan salji setebal lebih satu meter menutupi jalan raya.

    Wilayah tersebut terletak 1,200km dari barat Buenos Aires telah dilanda cuaca sejuk melampau sehingga orang ramai terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan di bandar berhampiran, kata Tello.

    “Keadaan cuaca berterusan buruk,” katanya.

    Manakala di bahagian Chile, lebih 200 orang turut terkandas, menurut pegawai polis, Hector Castro. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...