Rawatan canggih ortopedik lalui ujian penting di Togo

DALAM sebuah bilik persidangan di ibu kota Togo, Lome, Geraldo Emmanuel, telah mengalami kecacatan anggota sejak berusia enam tahun lagi, berbaring di atas katil apabila proses imbasan digital sedang dilakukan di bahagian kaki kanannya. Terima kasih kepada teknologi 3D terbaharu, dia bakal berpeluang kembali berjalan seperti biasa dalam masa beberapa bulan lagi.

“Kanak-kanak ini berjalan di atas jari kaki, oleh itu saya cuba melakukan pengimbasan di kakinya bagi membolehkan kami untuk menjalani rawatan ortopedik dengan menggunakan mesin pencetak 3D,” kata Enyonam Ekpoh, dari Pusat Psikoterapi dan peranti ortopedik kebangsaan Togo (CNAO) kepada AFP.

Namun beberapa jam kemudian, Adjovi Koudahe, 46, melakukan ujian bagi menerima pendakap 3D untuk kaki kanannya, yang mana telah lumpuh semenjak kemalangan kereta pada tahun 2012. “Saya telah berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti kerana saya terasa sakit. Saya tidak dapat berjalan seperti biasa lagi,” katanya kepada media.

“Walaupun saya menerima rawatan, kaki saya langsung tidak memberikan sebarang tindak balas dan terpaksa mengheretnya. Namun dengan pendakap itu, ia memberikan saya satu harapan baharu,” tambahnya.

Mesin pencetak tiga dimensi itu merupakan satu jalan pintas untuk membuat satu prostetik dan sokongan rawatan ortopedik bagi individu yang telah kehilangan anggota badan dan juga lumpuh.

Mesin pencetak tiga dimensi itu merupakan satu jalan pintas untuk membuat satu prostetik dan sokongan ortopedik bagi individu yang telah kehilangan anggota badan dan juga lumpuh. – AFP

Teknologi itu, dimulakan dengan kempen derma yang digelar sebagai ‘Handicap International’, membolehkan peranti itu menghasilkan produk itu dengan cepat berikutan bilangan pesakit yang semakin bertambah. Teknologi itu serupa dengan yang terdapat klinik-klinik rawatan ortopedik di kebanyakan negara-negara kaya, namun ia masih belum diperkenalkan di kebanyakan negara miskin di mana permintaan terhadap teknologi itu adalah tinggi.

Hanya lima daripada 15 peratus penduduk di negara pendapatan rendah, akan menerima alat prostetik, menurut badan NGO yang berpangkalan di Perancis kepada media.

‘Handicap International’ yang baru-baru ini dinamakan semula sebagai Humanity & Inclusion, bergerak ke arah proses penyelidikan dan ujian klinikal bagi melihat bagaimana teknologi itu digunakan selaras dengan situasi kemiskinan sesebuah negara.

Pada tahun 2016, tiga jenis ujian klinikal telah dijalankan khususnya untuk anggota bahagian bawah badan prostetik di Madagascar, Syria dan juga Togo, di mana keputusannya agak sedikit memberangsangkan. Satu projek telah diselenggarakan dan digelar sebagai ‘Impak 3D’ di Togo, Mali dan juga Nigeria sejak bulan November tahun lepas, di mana 100 pesakit telah menerima peranti 3D itu secara percuma.

Projek itu telah disokong dengan pembiayaan sebanyak 700,000 Euro oleh Agensi Pembangunan Belgium. Seramai 50 daripada 100 pesakit berasal dari Togo, sebuah negara yang mencatatkan banyak individu cacat disebabkan beberapa faktor seperti strok dan penyakit-penyakit berjangkit seperti polio, kata pengurus besar Impak 3D, Simon Miriel.

Menjimatkan waktu

Mesin cetak 3D merupakan satu revolusi bagi doktor yang bekerja di dalam zon konflik atau di sebuah kawasan yang sangat terpencil.

Mesin teknologi imbasan ini dianggarkan bersaiz dua buah telefon bimbit dan sangat mudah untuk dibawa. Satu mesin itu telah diuji di pusat ortopedik di Dapaong, 620 kilometer melalui jalan raya dari ibu kota.

Hanya lima daripada 15 peratus penduduk di negara pendapatan rendah itu, akan menerima alat prostetik. – AFP

Lazimnya, pesakit yang tinggal jauh dari rumah sakit akan mengembara jauh semata-mata untuk mendapatkan kemudahan ini.

“Sebenarnya, ia menjimatkan masa,” kata Miriel. “Sebagai satu keperluan, imej dihantar terus melalui telefon kepada pakar yang bertanggungjawab menghasilkan imej ortopedik digital pada mesin cetak 3D,” tambahnya.

Imej 3D telah digunakan di tiga buah negara di mana dua daripada mesin itu terletak di sebuah makmal di Avepozo, 15 kilometer dari Lome dan bekerja tanpa henti bagi menghasilkan peranti ortopedik.

Togo merupakan satu pilihan yang baik, tambah Miriel. “Ia merupakan salah sebuah negara di barat Afrika yang mana mempunyai struktur yang baik bagi perkhidmatan rawatan ortopedik. Pakar dari seluruh kawasan itu telah dilatih di institusi perubatan kebangsaan, yang menjadi rakan kongsi projek tersebut,” tambah Miriel.

Peringkat ujian dijangka akan selesai sebelum hujung tahun ini dan akan diikuti dengan satu perbincangan yang panjang mengenai kejayaan dan masalah, harga dan manfaat teknologi ini. Namun jika ia berjalan baik, harga peranti ortopedik 3D akan jatuh mendadak, badan amal itu berharap.

Peranti itu telah dicuba pada tahun 2016 dan telah dicetak di seluruh dunia serta harga dianggarkan sekitar 1,500 dan 2,000 euro, iaitu satu jumlah yang besar khususnya di barat Afrika, di mana gaji purata kebanyakan penduduk adalah $100 sebulan. Tetapi jika peranti itu dicipta di dalam negara, ia akan lebih mudah diakses, kata Miriel.

Mangsa kemalangan kereta, Adjovi Koudahe, berkata bahawa dia menaruh harapan yang tinggi terhadap peranti itu, disebabkan perkara itu, dia kini berada di pusat kebangsaan ortopedik dan psikologi bagi mendapatkan peranti berkenaan.

Juruteknik, Fabrice Agbelehounko Djodji memeriksa proses mesin 3D itu yang menghasilkan sokongan prostetik di Organisasi Afrika untuk pembangunan keperluan individu cacat di Lome, menjadikan peranti 3D bagi penduduk tempatan akan dijangka dijual lebih murah. – AFP