Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raya Ihsan Kasih DST di 3 daerah

    Oleh Yusrin Junaidi & Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Ihsan Kasih DST mengakhiri bulan Syawal dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kanak-kanak berkeperluan khas di Daerah Temburong, Tutong dan Belait, hari ini.

    Di Daerah Tutong, sambutan diadakan di Dewan Kemasyarakatan, Kampung Serambangun, Daerah Belait di Dewan Persidangan Kuala Belait dan Daerah Temburong ia diadakan di Dewan Serba Guna, Kompleks Bumiputra.

    Mengetuai pasukan Ihsan Kasih DST Berhari Raya di Daerah Tutong ialah Pengurus Besar Kumpulan Kewangan DST, Ang Siok Tuan, di Daerah Belait diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Bahagian Perniagaan DST, Haji Amer Iskandar bin Pehin Dato Haji Zakaria dan Penolong Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Kemudahan DST, Dayang Hajah Fa’ikah binti Ahmad mengetuai sambutan di Daerah Temburong.

    DST telah menjemput lebih 800 orang pelajar berdaftar, penjaga, ibu bapa, guru-guru dan para pegawai serta wakil-wakil dari pusat masing-masing yang terdiri dari Persatuan KACA, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, SMARTER Brunei, Pusat Bahagia dan Kurang Pendengaran di bawah Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.

    Acara kemuncak sambutan itu adalah penyampaian sampul hijau yang disempurakan oleh tetamu kehormat di daerah masing-masing dan dibantu oleh warga pengurusan kanan DST bagi kanak-kanak yang dibantu oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing.

    Para jemputan di Daerah Temburong mengongsikan momen istimewa bersama menyanyikan lagu-lagu Hari Raya.
    Para jemputan di Daerah Temburong mengongsikan momen istimewa bersama menyanyikan lagu-lagu Hari Raya.
    Haji Amer Iskandar memberikan sampul hijau kepada jemputan-jemputan yang hadir dalam sambutan raya DST di Daerah Belait.
    Haji Amer Iskandar memberikan sampul hijau kepada jemputan-jemputan yang hadir dalam sambutan raya DST di Daerah Belait.

    DST juga menyediakan persembahan muzik, permainan dan maskot bagi menyerikan lagi Sambutan Hari Raya tersebut.

    Sambutan dengan kanak-kanak ini adalah sebahagian daripada projek tanggungjawab sosial korporat DST, ‘Ihsan Kasih’ yang antara lain bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan menunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang kepada masyarakat yang berkeperluan khas terutama sekali semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Acara Sambutan Hari Raya Aidilfitri DST ini telah dimulakan pada 14 Julai lalu bagi individu berkeperluan khas di sekitar Daerah Brunei dan Muara yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas dan mengakhirinya di ketiga-tiga daerah, hari ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda