Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raya KSSUP meriah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), baru-baru ini, juga telah mengadakan Majlis Sambutan Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1438H/2017M bagi jabatan-jabatan serta bahagian-bahagian di bawah kementerian berkenaan yang diadakan di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan KSSUP.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di KSSUP, Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Timbalan Setiausaha Tetap di KSSUP, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali; ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan KSSUP dan jabatan-jabatan serta bahagian-bahagian di bawahnya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KSSUP, antara objektif majlis berkenaan adalah untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan umat Islam setelah berpuasa di bulan Ramadan di samping mengeratkan lagi tali silaturrahim dan bermaaf-maafan dalam kalangan warga kementerian.

    Yang Berhormat Dato bergambar ramai bersama warga kementerian.
    Yang Berhormat Dato bergambar ramai bersama warga kementerian.
    Yang Berhormat Dato menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.
    Yang Berhormat Dato menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.

    Majlis sambutan pada tahun ini diadakan secara sederhana iaitu menikmati juadah yang disediakan di pondok-pondok oleh jabatan-jabatan serta bahagian-bahagian di bawah KSSUP.

    Hiasan dan reka bentuk pondok serta ‘presentation’ hidangan makanan juga dipertandingkan dan dihakimi oleh Yang Berhormat Dato dan datin, Dr. Haji Abdul Manaf dan isteri serta Awang Wardi dan isteri.

    Acara diserikan dengan beberapa persembahan dari jabatan-jabatan serta bahagian-bahagian di bawah KSSUP dan cabutan bertuah.

    Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kementerian berkenaan merupakan aktiviti tahunan dan dikendalikan secara bergilir-gilir oleh jabatan-jabatan serta bahagian-bahagian di bawahnya. Pada tahun ini, Jabatan Perhutanan bersama Pusat Penyelidikan dan Inovasi Biodiversiti diamanahkan untuk mengelolakannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda