Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Raya NiAT erat silaturahim

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Bulan Syawal yang hampir ke penghujungnya tetap diraikan dengan penuh meriah oleh Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan komunikasi satelit tempatan di Negara Brunei Darussalam dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan di Restoran I-Lotus, kelmarin.

    Matlamat sambutan itu adalah bagi memberi sokongan, penghargaan dan peluang kepada seluruh pegawai dan kakitangan serta ahli lembaga pengarah syarikat untuk sama-sama beramah mesra sambil menjamu selera.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, NiAT, Lim Ming Soon, dalam ucapannya merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang hadir lebih-lebih lagi adanya ikatan kukuh yang dikongsi antara semua kakitangan dan pihak pengurusan.

    Beliau menambah, dengan adanya sambutan sebegini dan acara-acara tidak rasmi yang diungkayahkan oleh NiAT pastinya suatu yang mampu mengukuhkan para pekerja dengan nilai-nilai sinergi dan prestasi kerja yang lebih baik dari semasa ke semasa.

    Sambutan berkenaan turut diserikan dengan penyampaian hadiah-hadiah peringatan bersempena Hari Ibu, kelahiran anak damit serta anugerah pakaian raya terbaik kakitangan lelaki dan wanita.

    Pihak pengurusan NiAT bersama para tetamu bergambar ramai semasa sambutan Hari Raya tersebut. – Gambar serahan NiAT
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...