Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rayo ikat pendahulu liga

    MADRID, 19 FEB – Pendahulu La Liga, Real Madrid diketepikan dengan keputusan seri 1-1 yang mengecewakan oleh Rayo Vallecano kelmarin namun melebarkan pendahuluan mereka di tangga teratas kepada enam mata.

    Joselu meletakkan pasukan pelawat di hadapan lebih awal tetapi bekas pemain muda Madrid, Raul de Tomas menyamakan kedudukan untuk Rayo hasil sepakan penalti dalam perlawanan pertama bagi jurulatih baharu pasukan itu, Inigo Perez.

    Skuad kendalian Carlo Ancelotti melebarkan kelebihan mereka ke atas pencabar mengejut, Girona sebelum pasukan Catalan itu berdepan dengan Athletic Bilbao hari ini.

    Selepas Los Blancos membelasah Girona hujung minggu lalu untuk mendahului lima mata dalam perlumbaan kejuaraan, keputusan seri itu memberikan peluang kepada pesaing terdekat mereka untuk merapatkan jurang.

    Dani Carvajal dilayangkan kad merah pada minit-minit akhir permainan selepas kelihatan menyiku Kike Perez.

    “Kami perlu memenangi semua perlawanan kami, tetapi untuk memenangi liga, perlawanan yang awda tidak boleh menang, awda tidak boleh kehilangannya juga,” kata jurulatih Madrid, Ancelotti kepada wartawan.

    “Kadangkala keputusan seri boleh menyakitkan sedikit tetapi ia boleh menjadi langkah positif untuk membawa kami lebih dekat untuk memenangi liga.”

    Real Madrid hanya mengalami satu kekalahan di peringkat tertinggi dan tidak pernah tewas dalam 19 perlawanan liga. – AFP

    Aksi Raul de Tomas (kiri), menjaringkan gol dari sepakan penalti semasa perlawanan antara Rayo Vallecano dan Real Madrid di stadium Vallecas di Madrid, Sepanyol pada 18 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda