Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Rayuan dibuat agar atlet pecut beraksi di Sukma

    KUALA TERENGGANU, 13 APRIL – Terengganu akan terus mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) bagi membolehkan pelari pecut, Azreen Nabila Alias beraksi pada temasya sukan itu nanti.

    Ia susulan pembatalan kelayakan atlet itu pada kejohanan Sukma 2022 di Kuala Lumpur atas alasan  beliau telah menyertai sukan Olimpik di Tokyo, tahun lepas.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan dan justifikasi tentang perkara tersebut dalam beberapa siri mesyuarat jawatankuasa tertinggi Sukma yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, tetapi ditolak.

    “Pada peringkat awal, beberapa buah negeri menyokong penyertaan Azreen Nabila ke Sukma 2022 tetapi apabila dibawa ke mesyuarat pengarah-pengarah majlis sukan negeri, ia dibincangkan kembali di peringkat jawatankuasa tertinggi Sukma.

    “Kami berpandangan pengguguran Azreen Nabila sebagai atlet Sukma adalah satu penafian terhadap haknya dan kita tidak akan henti berusaha untuk itu,” katanya di sini, hari ini.

    Menurut Wan Sukairi lagi, penyertaan atlet berusia 22 tahun pada temasya sukan terbesar dunia itu tidak sepatutnya menjadi halangan untuk beliau beraksi di Sukma kerana pemilihan mewakili Malaysia adalah berdasarkan tiket ‘wild card’, bukannya secara merit. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...