Rayuan dua wartawan Reuters ditolak

NAYPYIDAW, 23 April – Mahkamah Tinggi Myanmar hari ini menolak rayuan terbaharu oleh dua wartawan Reuters yang pernah memenangi anugerah Pulitzer, yang dipenjarakan selama tujuh tahun atas dakwaan berkaitan laporan mereka berhubung krisis Rohingya ketika harapan kini beralih kepada pengampunan presiden.

Pemberita-pemberita itu, Wa Lone, 33, dan Kyaw Soe Oo, 29, telah dipenjarakan sejak mereka ditangkap pada Disember 2017 di bawah Akta Rahsia Rasmi era penjajah.

Mereka telah disabitkan dengan kesalahan memiliki dokumen sulit berkaitan dengan operasi keselamatan di Rakhine ketika tindakan kejam ketenteraan ke atas orang Islam Rohingya yang memaksa kira-kira 740,000 orang melarikan diri ke sempadan dan memasuki Bangladesh.

Perintah awal pada bulan September lalu telah disokong oleh Mahkamah Tinggi Yangon pada Januari lalu. Pada hari ini, kedua-dua pemberita tersebut tidak hadir di Mahkamah Tinggi di ibu negeri, Naypyidaw untuk mendengarkan perintah mahkamah yang sekali lagi tidak memihak mereka.

Dari sistem kehakiman Myanmar, wartawan-wartawan Reuters itu boleh membuat rayuan mereka kembali kepada hakim-hakim Mahkamah Tinggi sebanyak dua kali, namun tidak jelas, sama ada mereka akan mencuba pilihan ini atau jika mereka menaruh harapan mereka terhadap pengampunan.

“Rayuan kami telah ditolak,” Khin Maung Zaw memberitahu AFP. “Mereka telah menyokong mahkamah rendah.” – AFP

Wartawan Reuters, Wa Lone (depan) dan Kyaw Soe Oo (tengah) semasa berada di Mahkamah Yangon bagi menghadapi keputusan mereka mengenai tuduhan berkaitan dengan laporan krisis Rohingya pada bulan Ogos 2018. – AFP