Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Rayuan ikat jamin ditolak

    Oleh Fadley Faisal

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Mahkamah Tinggi di sini, pada 10 September lalu, telah menolak rayuan seorang lelaki terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang menolak ikat jamin sementara menanti perbicaraan bagi tuduhan mengimport kanabis dan memiliki perkakasan dadah.

    Abdul Quim bin Asul telah menafikan dakwaan mengimport 18.85g dadah jenis kanabis dan satu lagi dakwaan memiliki peralatan dadah.

    Mahkamah Majistret memerintahkan agar Abdul Quim ditahan reman kerana dia berisiko melarikan diri, seperti yang ditekankan oleh pendakwa raya.

    Perbicaraan dijadualkan bermula pada 12 Disember depan.

    Dengan diwakili oleh Peguam Haji Daud Ismail, Abdul Quim memohon bagi pembebasannya sementara menanti perbicaraan.

    Mahkamah Majistret dalam keputusannya menolak permohonan ikat jamin menyatakan bahawa Abdul Quim merupakan warga asing yang mempunyai kaitan kecil di negara ini dengan penjamin yang dicadangkan merupakan saudara jauh.

    Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Hajah Nor ‘Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin ketika mengulas mengenai rayuan itu, menekankan bahawa mahkamah tidak membuat sebarang kesilapan dalam memberi pertimbangan yang membawa kepada penolakan ikat jamin.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret berdasarkan keputusan itu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...