Rayuan kes cabul ditolak

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman dijatuhkan ke atas lelaki India yang mencabul seorang kanak-kanak perempuan bawah umur.

Tertuduh, Shahban Alam, 32, melalui peguamnya Daud Ismail, membuat rayuan menyatakan bahawa Mahkamah Majistret melakukan kesilapan ketika memutuskan untuk menerima keterangan semasa perbicaraan.

Dia juga mendakwa bahawa hukuman penjara setahun dan dua sebatan dijatuhkan pada 21 Januari adalah keterlaluan kerana dia tidak mempunyai rekod jenayah, antara sebab lainnya.

Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong mendapati bahawa majistret telah menggunakan haknya dan tepat untuk membenarkan keterangan yang diberikan oleh mangsa serta saksi pendakwaan yang lain.

Menurutnya, ini adalah pencabulan seksual keterlaluan terhadap kanak-kanak bawah umur berusia lima tahun dan hukuman sewajarnya patut diberikan, ketika mendapati hukuman ke atasnya bersesuaian.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi menjawab rayuan dan pendakwaan perbicaraan, menyatakan bahawa mangsa dibawa oleh ibunya untuk mengubah suai pakaian seragamnya di kedai jahit tempat Shahban Alam bekerja pada 3 Januari 2019.

Ketika tertuduh menghampiri mangsa, dia melihat mangsa dekat-dekat dan menyentuh bahagian peribadi mangsa di seluarnya tiga kali, sambil memegang tangannya, menyuruh kanak-kanak itu memegang seluarnya. Ibu mangsa menyedari tertuduh tidak mengambil ukuran terhadap mangsa kerana tertuduh kelihatan tidak tentu arah dan asyik berpusing ke depan dan belakang.

Ibu mangsa membayar $5 setelah tertuduh menolak tawarannya untuk membayar $3. Namun apabila diminta resit, tertuduh memintanya untuk menunggu lima minit ketika rakannya mengulangi pengukuran terhadap mangsa dan mengeluarkan resit. Ibu mangsa kemudian membawa anaknya pergi meninggalkan tukang jahit tersebut kerana merasakan tertuduh membuang masanya.

Setelah meninggalkan kedai jahit itu, mangsa memberitahu ibu dan neneknya di dalam kereta apa yang dilakukan tertuduh ke atas dirinya dan berkeras mahu ‘mencuci’ tangannya dengan span.