Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rayuan kurangkan hukuman ditolak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Rayuan seorang pencuri yang dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi yang menyatakan ia tidak keterlaluan sebaliknya mengesyorkan hukuman itu sepatutnya tiga tahun.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong melihat permohonan itu dari awal sehingga ke prosiding mahkamah.

    Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali yang menjalankan pendakwaan kes dan bertindak sebagai responden dalam rayuan itu, mendedahkan bahawa Nurul Furqan binti Awang Morshidi telah disabitkan kesalahan selepas dibicarakan atas pertuduhan mencuri kereta dan dua kesalahan curi dari sebuah bangunan.

    Pada malam 8 Oktober 2019, Nurul Furqan pergi ke sebuah kedai di Kampung Lumapas bersama rakan dengan menaiki kereta. Mereka memasuki kedai itu melalui tingkap yang mana kemudiannya berjaya melarikan tujuh papan dart, gerudi, silinder gas dan beg sikut.

    Nurul Furqan yang bertindak sebagai pemerhati kemudian membantu membawa barang-barang yang dicuri ke dalam kereta.

    Pada malam yang sama, Nurul Furqan sendiri pergi ke garaj sebuah rumah di Kampung Pintu Malim di mana dia mencuri sebuah kenderaan.

    Kemudian pada awal pagi 11 Oktober 2019, Nurul Furqan pergi ke kedai serba neka di Jalan Subok dengan menaiki kereta bersama seorang rakan.

    Mereka memecahkan kunci bilik stor menggunakan pemotong di mana kedua-dua lelaki itu mencuri dan membawa lari 17 kotak minuman ringan, tujuh kotak kentang dan tiga kotak vitamin C ke dalam kereta mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda