Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rayuan kurangkan hukuman Mane ditolak

    LIVERPOOL, 13 Sept – Pengurus Liverpool Jurgen Kloop semalam berkata dia tahu rayuan kelab untuk mengurangkan penggantungan tiga perlawanan terhadap Sadio Mane cuma ‘membuang masa’.

    Pemain sayap dari Senegal itu dilayangkan kad merah ketika Liverpool tewas 5-0 di gelanggang luar menentang Manchester City dalam Liga Perdana Sabtu lalu selepas terjahan tinggi mengenai muka penjaga gol Ederson.

    Rayaun Liverpool untuk mengurangkan tiga perlawanan serta-merta ditolak oleh pendengaran disiplin Persekutuan Bola Sepak semalam. Mane, 25, sekarang digantung bagi persaingan liga menentang Burnley dan persaingan Piala Liga menentang Leicester City.

    Bagaimanapun, Mane akan beraksi bagi aksi pembukaan Liga Juara-Juara Liverpool menentang Sevilla di Anfield esok dan Klopp yang bercakap menjelang pertemuan menentang pasukan dari Sepanyol itu tahu rayuan bagi pihak Mane akan berakhir dengan kegagalan.

    “Saya tidak menjangka sesuatu yang berbeza,” kata Klopp. “Ia adalah tugas kami untuk membuat rayuan. Tetapi jelas membuang masa. Rayuan kami tepat kerana kami boleh merayu kad merah tersebut tetapi tidak.

    “Kami hanya merayu untuk mengurangkan penggantungan. Saya tidak memikirkan ia akan berlaku tetapi hanya kerana saya biasa kepada perkara seperti ini. Terdapat banyak kedudukan yang sama.”

    Klopp menambah: “Pemain lain bernasib baik, hanya Sadio tidak bernasib baik. Dan jelas Ederson tidak bernasib baik. Ia kelihatan begitu dahsyat dan dia juga bernasib baik tidak berlaku sesuatu yang lebih serius.”

    Kloop kekal dengan pendirian Mane tidak sengaja mencederakan Ederson dan merasakan dia seharusnya dikurangkan satu penggantungan.

    “Tidak terdapat satu peratus pun Sadio mahu memberhayakan penjaga gol itu. Dia mahu mendapatkan bola dan adalah penting dia melakukannya dalam perlawanan seterusnya,” tegas Kloop.

    “Kami tidak menukar kedudukan ini dan ia adalah sukan di mana perkara ini berlaku. Saya tidak menyalahkan pengadil perlawanan. Jika saya melihat pemain berdarah, saya pasti akan membuat keputusan yang sama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda