Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Rayuan lebih masa lunas denda ditolak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan lebih masa bagi menyelesaikan denda yang dilakukan oleh seorang pesalah Akta Penyakit Berjangkit, dengan alasan ia adalah hukuman yang telah ditetapkan.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong berkata demikian selepas bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya Norhafizah Ahmad yang bertindak sebagai responden.

    Rashidah Mathew Ragie, 24, diperintahkan untuk menyelesaikan denda $6,000 atau berisiko menjalani hukuman penjara dua bulan selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada 11 November 2021 kerana melanggar arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan yang melarang perhimpunan ramai di tengah-tengah penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    Rashidah ditahan bersama tujuh yang lain pada 23 September 2021 kerana menghadiri pesta sehingga awal pagi yang terpaksa dileraikan oleh pihak polis setelah menerima aduan.

    Pada rayuan itu, Rashidah memohon lanjutan masa dan mencadangkan pelan bulanan untuk menyelesaikan denda secara ansuran $300.

    Ketua hakim negara yang menolak rayuan tersebut berkata bahawa tingkah laku Rashidah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri terhadap keselamatan orang lain terutamanya kepada keselamatan masyarakat serta melanggar undang-undang.

    Mahkamah mesti memberi isyarat jelas bahawa kelakuan sedemikian tidak akan diterimanya, jelas ketua hakim negara sebelum membuat kesimpulan bahawa memberi masa kepada Rashidah akan melengah-lengahkan daripada menjatuhkan hukuman tersebut kepadanya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...