Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Rayuan pencuri ditolak

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan pencuri terhadap hukumannya kerana tidak melihat sebab untuk bertolak ansur terhadap kesusahan keluarganya dan rancangannya untuk mengahwini teman wanitanya.

    Dengan sabitan pencurian sebelum ini pada 2006, 2009 dan 2010, Rosmali bin Haji Omar dijatuhi hukuman penjara satu tahun 10 bulan pada November 2022 atas tuduhan mencuri.

    Pendakwa Syazwani Jumat, ketika menjawab rayuan, mendedahkan bahawa Rosmali telah mencuri telefon bimbit yang ditinggalkan pemiliknya di atas meja di dua gerai makan dan dua kedai di Rimba, Kumbang Pasang dan Kiulap pada Februari dan Ogos 2021.

    Rosmali menyatakan ibunya yang sudah tua dan anak-anaknya masih bersekolah yang semuanya memerlukan sokongannya dalam alasan rayuannya terhadap hukuman itu.

    Rosmali, 54, turut menyebut rancangannya untuk berkahwin dengan teman wanitanya tahun ini.

    Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong tidak melihat sebarang merit dalam permohonan Rosmali dan menolak permohonan itu atas alasan dia telah disabitkan kesalahan selepas perbicaraan, memegang rekod terdahulu dalam kes curi dan fakta bahawa dia telah melakukan kesalahan terbaharu empat kali dalam tempoh tujuh bulan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...