Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Rayuan pesalah seksual kurangkan hukuman ditolak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Rayuan bagi pengurangan hukuman oleh seorang lelaki yang melakukan penderaan seksual terhadap adik tirinya telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 12 November lalu.

    Presiden Mahkamah Rayuan, Michael Peter Burrell dibantu oleh Hakim Michael Lunn dan Conrad Seagroatt, berpendapat bahawa hukuman penjara sembilan tahun dan empat bulan terhadap lelaki itu dengan empat kali sebatan adalah wajar untuk dikekalkan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri Kiprawi yang mengendalikan kes itu di Mahkamah Perantaraan dan membantu Mahkamah Rayuan menjawab permohonan, menyatakan perayu dan ibunya datang ke Brunei ketika dia berumur 11 tahun.

    Ibunya berkahwin semula dengan seorang warga Brunei yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun ketika itu.

    Perayu mula melakukan perkara yang tidak bermoral tersebut kepada adik tirinya ketika berusia 5 tahun dan berterusan sehingga 2019.

    Subjek rayuan membabitkan empat insiden yang berlaku antara Julai 2018 dan Disember 2019.

    Perayu juga mengaku kepada polis bahawa dia telah melakukan penderaan seksual terhadap adik tirinya beberapa kali sejak 2012.

    Semasa rayuan, pendekatan diambil oleh hakim yang mengendalikan kes tersebut telah dipertimbangkan dan mahkamah telah bersetuju dengan kaedah yang membawa kepada keputusannya. Ia termasuklah memberi pertimbangan kepada pengakuan bersalah perayu dan rekod yang bersih.

    Walau bagaimanapun pada rayuan dan menjatuhkan hukuman, mahkamah mengingatkan, “penyalahgunaan kepercayaan, kelakuan yang memudaratkan dan menjatuhkan maruah, tempoh masa penderaan itu berlaku dan umur muda mangsa.”

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...