Rayuan tiga pesalah diterima

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Dis – Mahkamah Rayuan di sini, bersetuju untuk menggantikan hukuman 32 bulan penjara kepada 16 bulan terhadap dua lelaki dan seorang wanita yang sebelum ini mengaku bersalah kerana memecah masuk rumah dan melakukan curi.

Mohd Dzulfadli bin Abdullah, Norlilawati binti Awang Hassan dan Adib Sufi bin Mohd Asri membuat rayuan untuk pengurangan hukuman dan dibenarkan oleh Hakim Michael Peter Burrell yang bersidang bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Michael Lunn yang menyifatkan hukuman 32 bulan itu adalah ‘berlebihan’.