Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Rayzam Shah tekad rampas balik emas di Hanoi

    KUALA LUMPUR, 8 APRIL – Jaguh 110 meter lari berpagar Malaysia, Rayzam Shah Wan Sofian bertekad untuk membalas dendam terhadap igauan buruk dialaminya di Sukan SEA 2019 di Filipina, dengan menghadirkan kilauan emas pada aksi di Hanoi, Vietnam, bulan depan.

    Pelari dari Sabah berusia 34 tahun itu yang telah membuat kemunculan enam kali di Sukan SEA, berazam untuk tampil lebih bertenaga bagi memastikan pingat emas kembali menjadi miliknya di Hanoi, yang berkemungkinan besar menjadi penampilan terakhirnya dalam temasya dwitahunan itu.

    “Mungkin ini yang terakhir, kalau boleh saya mahu lebih berjaya dan balas dendam (peristiwa Sukan SEA 2019).

    “Saya mahu buat yang terbaik untuk rampas kembali emas dimenangi pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di sini.

    Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi lawatan dan perjumpaan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad bersama atlet serta jurulatih e-sukan dan olahraga di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, semalam. 

    Kontroversi di Sukan Sea Filipina kira-kira tiga tahun lepas, menyaksikan Rayzam Shah dan atlet naturalisasi tuan rumah, Clinton Kingsley Bautista mencatat masa yang sama iaitu 13.97 saat dalam acara tersebut, namun pihak teknikal pertandingan memberikan kemenangan kepada Clinton berdasarkan ‘photo finish’ sekali gus membuatkan atlet negara itu terpaksa berpuas hati dengan pi-ngat perak. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...