Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    RB beralih sepenuhnya kepada Hitit

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Setelah proses latihan, ujian dan konfigurasi yang komprehensif, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah beralih kepada penyelesaian IT Hitit, Crane Airline Solution Suite pada 16 Mac lalu.

    Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan RB dan Hitit, syarikat penerbangan kebangsaan Brunei yang disenaraikan antara 10 syarikat penerbangan paling popular di dunia oleh institusi penyelidikan bebas Skytrax itu akan bekerjasama dengan Hitit untuk 10 tahun akan datang.

    Kenyataan menjelaskan, Crane Airline Solution Suite kini menyediakan RB dengan sistem perkhidmatan penumpang terasnya, peirisan tempahan Internet dan aplikasi mudah alih yang dinaik taraf, dan penyelesaian sokongan yang meliputi operasi lapangan terbang, kesetiaan syarikat penerbangan (airline loyalty), dan khidmat pelanggan sehingga 2031.

    Selain itu, infrastruktur cloud hibrid syarikat penerbangan yang direka khas menyediakan scalability dan keselamatan peneraju industri untuk syarikat penerbangan kebangsaan berkenaan.

    Hitit dan RB telah menandatangani kontrak pada April tahun lalu dan telah menyelesaikan proses migrasi yang kompleks dalam masa sembilan bulan sahaja. Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) di Hitit, Nevra Onursal Karaagac dipetik berkata, “RB ialah rakan kongsi yang berprestij dan penting untuk Hitit.

    “Kami menunjukkan keunggulan penyelesaian Hitit terhadap pesaing berkuasa dalam proses perolehan yang ketat, diurus dan disediakan oleh Penyelidikan Teknologi Perjalanan (T2RL).

    “Kami gembira menjadi rakan kongsi teknologi utama RB dan sepanjang dekad akan datang, kami berharap untuk berkembang dan mencapai banyak kisah kejayaan bersama,” jelasnya.

    Ketua Pegawai Komersial RB, Martin Aeberli pula berkata, “Di RB, adalah penting bagi kami untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang boleh bersama-sama membentuk masa depan untuk melayani pelanggan kami yang celik digital dengan lebih baik dan mengekalkan kedudukan utama dalam persekitaran pasaran yang sangat kompetitif di mana kami beroperasi.

    “Semasa peralihan yang berjaya, Hitit memenuhi sepenuhnya semua jangkaan, dan kami tidak sabar untuk mengembangkan lagi perkongsian kami bersama Hitit dengan lebih baik lagi bagi melayani tetamu kami,” tambah beliau.

    Gambar ramai pasukan Hitit di Brunei dan RB. – Gambar serahan RB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...