RB dicalonkan bagi Anugerah Kru Kabin Peneraju Asia

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Buat tahun ketiga berturut-turut, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah dicalonkan bagi Augerah Kru Kabin Peneraju Asia 2020 oleh World Travel Awards.

RB memaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini dan mengalu-alukan orang ramai untuk memberi sokongan kepada syarikat berkenaan dengan mengundi bagi RB melalui laman sesawang https://www.worldtravelawards.com/vote di mana undian berakhir pada 24 September.

Kenyataan menyatakan, sejak World Travel Awards ditubuhkan pada 1993, RB telah memenangi tiga anugerah dan 22 pencalonan.