Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    RB lancar semula penerbangan ke Tokyo, Seoul

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah melancarkan semula perkhidmatannya ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebagai sebahagian daripada jadual musim sejuk yang telah diumumkan baru-baru ini.

    RB sebelum ini menjadualkan semula pelancaran semula penerbangan Tokyo dan Seoul berikutan sekatan perjalanan dan lonjakan kes COVID.

    Dengan kedua-dua Jepun dan Korea Selatan mengumumkan pelonggaran sekatan perjalanan, RB memperkenalkan penerbangan dua kali seminggu ke Tokyo dan Seoul dalam jadual musim sejuknya, dengan dua penerbangan mingguan tambahan ke Tokyo ditambah pada Disember depan.

    Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, “Tokyo dan Seoul adalah antara destinasi utama kami dan sangat dinanti-nantikan oleh pelanggan kami dari seluruh rangkaian kami, justeru kami sangat teruja untuk membawa destinasi ini kembali ke rangkaian kami tepat pada masanya untuk musim cuti.

    “Pasukan kru kabin utama Asia kami yang baru menerima anugerah berharap untuk mengalu-alukan kembali semua orang di dalam pesawat,” tambah beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...