Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    RB rasmi kapal terbang baharu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Gambar oleh Bahiyah Bakir

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah merasmikan pesawat-pesawat Airbus A320neo sebagai sebahagian daripada program pemodenannya pada majlis yang berlangsung di Hangar 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin.

    Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong.

    Hadir sama bagi merasmikan kapal terbang tersebut ialah Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah RB; Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Seria Dato Paduka Haji Mohammad Yusof; Ketua Pegawai Eksekutif RB, Karam Chand dan Naib Presiden Eksekutif (EVP) Airbus Asia, Jean Francois Laval.

    Dalam ucapannya pada majlis itu, Karam Chand menyatakan bahawa pengenalan kapal terbang A320neo ini adalah sebahagian daripada program pemodenan untuk membuka fasa baharu dalam meneruskan pertumbuhan wilayah serantau.

    “Kami akan memiliki tujuh Airbus A320neo menjelang November 2018 ini, menjadikan RB sebagai pemilik kepada salah satu armada termuda di dunia dengan purata armada yang berusia dua tahun.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib, Karam Chand dan Jean Francois Laval ketika merasmikan kapal terbang baharu.
    Kapal terbang baharu Airbus A320neo yang telah dirasmikan kelmarin.

    Ini merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan selaku penerbangan kebangsaan bagi Negara Brunei Darussalam,” tambahnya.

    Beliau turut mengongsikan bahawa kapal terbang terbaharu berkenaan memiliki ciri istimewa yang tidak dijangka sama sekali oleh para penumpang lebih-lebih lagi dari segi hiburan yang disediakan dan diberikan pujian sebagai yang terbaik dalam kelasnya dan mendapat lima bintang bagi perkhidmatan serantau.

    Sejak beberapa bulan kebelakangan, RB telah mengumumkan beberapa perkembangan dengan pengenalan penerbangan tanpa henti ke London dari Brunei yang dijadualkan bermula pada penghujung Oktober depan selain pengenalan rangkaian laluan ke Nanning, Hangzhou dan Taipei.

    Pada majlis itu, Karam Chand turut mengumumkan perkhidmatan Haikou sebanyak dua kali seminggu yang akan bermula pada hujung Oktober dan penerbangan dua kali seminggu ke Changsha bermula Disember ini, selain mengumumkan penerbangan ke Tokyo-Narita bermula Mac 2019.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda