Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    RB sambung semula penerbangan ke Jeddah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dalam satu kenyataan media mengumumkan penyambungan semula penerbangannya ke Jeddah, Arab Saudi yang telah bermula pada 27 Ogos.

    Hadir bagi menyambut para tetamu semasa mereka mendaftar masuk untuk penerbangan BI002 di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah ialah Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah, Pengiran Mohd Salimin bin Pengiran Mohd Daud dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin Haji Abdul Hamid.

    “Sejak penerbangan sulungnya pada 1991, Jeddah kekal sebagai salah satu destinasi utama RB dalam menyediakan perkhidmatan membawa penumpang Islam dari Brunei dan di sekitar rangkaian untuk menunaikan haji dan umrah di mana mereka tidak dapat menunaikannya sejak dua tahun lalu akibat pendemik,” jelas Kapten Sabirin dalam kenyataan tersebut.

    “Dengan sekatan ditarik balik, RB sangat teruja kerana menghubungkan tetamu kami ke Arab Saudi sekali lagi. Dengan perkhidmatan RB di atas kapal berasaskan nilai-nilai Islam, kami berbesar hati kerana dapat menawarkan perkhidmatan sedemikian dan memberi keselesaan untuk tetamu Muslim. Semua perkhidmatan makanan dan minuman kami adalah halal, mengikut prinsip Islam.

    “Seluruh RB dan kru kabin kami benar-benar tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan semua orang menyertai penerbangan di atas kapal itu lagi,” kata Kapten Sabirin lagi.

    Penerbangan RB ke Jeddah akan beroperasi pada hari Selasa dan Sabtu pada tarikh tertentu.

    Pengiran Mohd Salimin dan Kapten Sabirin semasa menyambut tetamu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...