Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    RB sambut Awal Tahun Hijrah, kepulangan jemaah haji

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) menerusi Jawatankuasa Kebajikan Hal Ehwal Agama, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah di Surau RB Campus, Jalan Terunjing Lama, Berakas.

    Acara tahunan berkenaan turut diselajurkan dengan meraikan kepulangan jemaah haji.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin bin Abdul Hamid.

    Majlis juga dihadiri oleh kakitangan dan pihak pengurusan RB.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Ketua Pegawai Operasi RB, Haji Badarudin bin Haji Bagol yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Kebajikan RB.

    Kemudian, acara disusuli dengan tazkirah bertajuk ‘Hijrah dalam Membentuk Sahsiah Diri dalam Pekerjaan’ yang disampaikan oleh Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

    Dikir turut dilaungkan bagi meraikan para jemaah haji pada acara tersebut sebelum ditutup dengan bacaan Doa Selamat dan solat Asar berjemaah.

    Kapten Sabirin bersama pihak pengurusan dan kakitangan RB hadir pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...