RB sambut Nuzul Al-Quran

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) melalui Komiti Hal Ehwal Ugama, hari ini, tidak ketinggalan menyemarakkan Sambutan Nuzul Al-Quran dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Sungai Buloh, Jalan Kota Batu.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku pengerusi RB.

Turut hadir ialah ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Haji Khalidkhan bin Haji Asmakhan serta pegawai dan kakitangan RB.

Seramai 23 orang kakitangan RB menyertai dalam majlis khatam berkenaan yang diselajurkan dengan penyerahan wakaf sumbangan daripada RB Welfare Fund dan kakitangan kepada masjid berkenaan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Dengan sumbangan berupa water pressure wash, vacuum, blower unit, steam iron dan water dispenser berkenaan , masjid tersebut diharapkan dapat beroperasi dengan lebih baik.

Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran sempena Nuzul Al-Quran di Masjid Sungai Buloh, kelmarin.
Antara peserta yang ikut serta dalam Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.