RB sambut ulang tahun ke-46

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Bersempena ulang tahun penubuhannya yang ke-46 tahun, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah mengadakan majlis sembahyang Sunat Hajat berjemaah, bacaan Ratib Al-Attas, sembahyang Fardu Asar berjemaah dan Doa Kesyukuran yang berlangsung di Surau Kampus RB, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

Turut hadir ialah ahli-ahli Lemba-ga Pengarah RB iaitu Setiausaha Tetap (Pelaburan) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab dan Penasihat Utama di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman serta warga pengurusan dan kakitangan RB.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, RB ditubuhkan pada 18 November 1974 dan penerbangan pertamanya adalah pada 14 Mei 1975. Pada masa ini, RB mengope-rasikan sebanyak 14 pesawat yang merangkumi lima pesawat Boeing 787-8 Dreamliner, tujuh pesawat Airbus A320NEO dan dua pesawat Airbus A320 CEO.

Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf ketika menghadiri majlis keagamaan berkenaan.