Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    RB terima pencalonan Anugerah Pengembaraan Dunia ke-29

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah menerima pencalonan dalam tiga kategori sub rantau Asia bagi Anugerah Pengembaraan Dunia ke-29. 

    Pencalonan tersebut adalah bagi Syarikat Penerbangan Terkemuka Asia, Syarikat Penerbangan Terkemuka Asia – Kelas Perniagaan dan Kru Kabin Terkemuka Asia, RB mengongsikan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Tahun lepas, pencalonan RB adalah bagi tiga kategori yang sama dan muncul sebagai pemenang bagi Kru Kabin Terkemuka Asia 2021 dan Syarikat Penerbangan Terkemuka Asia – Kelas Perniagaan 2021.

    Syarikat penerbangan itu juga merangkul Kru Kabin Terkemuka Dunia 2021, yang dimenangi dua tahun berturut-turut, yang merupakan kejayaan tersendiri.

    Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin Haji Abdul Hamid dipetik berkata, “Tiga anugerah pada tahun 2021 merupakan salah satu pencapaian yang membanggakan kami.

    Ia adalah bukti dedikasi pasukan RB dalam memberikan layanan terbaik kepada tetamu kami dari seluruh dunia. 

    “Pencalonan tahun ini juga menunjukkan ketabahan kami dalam menghadapi cabaran disebabkan pandemik dan jumlah usaha yang telah kami lakukan untuk memastikan perkhidmatan cemerlang kami dikekalkan pada tahap standard yang tinggi. “Saya amat berbangga dengan semua kakitangan dan berterima kasih kepada tetamu kami atas sokongan berterusan mereka untuk syarikat penerbangan ini,” ujarnya. RB menyatakan bahawa penyokong RB mengundi pencalonan syarikat penerbangan itu semasa acara Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 baru-baru ini dan pengundian masih dibuka mulai sekarang hingga 31 Ogos menerusi www.flyrb.com/votenow.

    Syarikat RB telah merangkul Kru Kabin Terkemuka Dunia 2021. – Gambar serahan RB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...