Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    RB tidak ketinggalan sambut Syawal

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Hari-hari terakhir Syawal masih lagi dirasakan kemeriahannya apabila Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) turut tidak ketinggalan mengadakan pejabat terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menjemput para pelanggan dan rakan-rakan niaga mereka.

    Sambutan yang diadakan di Kelab Rekreasi Diraja Brunei itu dihadiri oleh ahli-ahli lembaga pengarah RB, rakan-rakan niaga, agensi-agensi penerbangan dan pegawai serta kakitangan RB.

    Antara lain tujuan majlis itu diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim terutamanya di antara keluarga dan juga rakan-rakan sekerja. Seorang pegawai perhubungan RB ketika ditemui berkata bahawa acara ini dibukakan kepada siapa sahaja tidak mengira agama dan bangsa.

    Antara yang hadir pada majlis itu.
    Antara yang hadir pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda