Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    RBC anjur kelas memasak masakan Thailand

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Royal Brunei Catering Sdn Bhd (RBC) bersama Kedutaan Besar Thailand di Brunei, baru-baru ini, telah mengadakan kelas memasak bersempena Festival Makanan Thailand 2017 yang berlangsung di Restoran Anjung Saujana. Seramai 20 orang tetamu pertama yang berdaftar semasa festival makanan di itu berpeluang untuk menyertai kelas masakan Thailand yang diketuai oleh cef Thai RBC, Cef Tichamon Somanee.

    Semasa kelas masakan itu, para peserta melihat demonstrasi, tunjuk ajar langsung serta belajar cara memasak masakan Thailand yang segar dan dengan menggunakan resipi rahsia dari tanah besar Asia Tenggara berkenaan.

    Festival Makanan Thai berkenaan kini telah dilaratkan sehingga 14 Oktober.

    Para peserta bergambar ramai bersama Cef Tichamon Somanee.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda