Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Dalam sama-sama meraikan pembukaan rasmi RBC Lifestyle yang terletak di Yayasan Block H, Waterfront Jalan McArthur, 100 orang pelanggan pertama akan diberikan slider dan kentang goreng percuma jika berkunjung ke restoran berkenaan pada 8 Januari bermula jam 10 pagi.
Restoran berkenaan sesuai bagi keluarga yang ingin menikmati hidangan makan tengah hari, minum petang dan makan malam bersama orang-orang tersayang dan rakan-rakan.

































