Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    RBC sumbang 130 pek makanan untuk petugas ABDB

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Royal Brunei Culinary (RBC) meneruskan usaha untuk memberikan sokongan dan semangat kepada para petugas barisan hadapan dengan menghulurkan lebih 130 pek makanan dan air mineral kepada petugas-petugas barisan hadapan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ditempatkan di COVID-19 Holding Area Belait 6 (CHABEL6), Daerah Belait, minggu ini.

    Menurut RBC, sumbangan itu diharap akan memberikan galakan dan sokongan kepada para petugas barisan hadapan ABDB yang terus berjuang menentang COVID-19 setiap hari, melindungi dan menjaga keselamatan negara.

    Kakitangan RBC menyampaikan sumbangan pek makanan dan air mineral kepada wakil petugas barisan hadapan di Daerah Belait, baru-baru ini. – Gambar serahan RBC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -