Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Royal Brunei Catering (RBC) telah meraikan seramai 41 orang pelajar istimewa di Pusat Bahagia, baru-baru ini, dengan memberikan sumbangan hadiah keperluan semasa Sambutan Hari Raya nanti.
Pihak pengurusan RBC bersama kakitangan yang lain serta pelajar-pelajar dari Pusat Bahagia telah dibawa membeli pakaian Hari Raya, kasut dan barangan persedian Hari Raya nanti.
Sumbangan berkenaan merupakan hasil kutipan daripada pihak pengurusan RBC, kakitangan dan keluarga.
Ini juga merupakan sebahagian daripada projek tanggungjawab sosial korporat RBC yang bertujuan untuk membawa senyuman kepada pelajar-pelajar istimewa dan berkongsi kemeriahan serta menunjukkan sifat kasih saying dan keprihatinan kepada masyarakat yang berkeperluan khas.
