Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, Feb 2 – Dua buah restoran mewah di bawah Royal Brunei Catering (RBC) Sdn Bhd, Dynasty dan The Horizons Seafood telah menawarkan promosi hidangan Yee Sang bagi memeriahkan lagi Sambutan Tahun Baru Cina.
Yee Sang merupakan hidangan wajib ketika makan besar setiap kali meraikan Sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga yang mengandungi salad berwarna-warni terdiri daripada buah-buahan, sayur dan makanan laut yang dianggap melambangkan kemewahan, kekayaan dan kegembiraan.
Restoran The Horizons Seafood yang terletak bertentangan dengan Kampong Ayer, menawarkan Yee Sang dalam lima pilihan dengan setiap pembelian set menu, para pelanggan akan mendapat Yee Sang percuma sehingga 11 Februari ini.
Sementara itu, enam lagi pilihan Yee Sang yang ditawarkan oleh Restoran Dynasty di Gadong seperti Abalone Yee Sang, Lobster Yee Sang, Pacific Clam Yee Sang, Shredded Roast Duck & Jelly Fish Yee Sang, Salmon Yee Sang dan Vegetarian Yee Sang.
Pada masa yang sama, Restoran Seasons turut menawarkan Bufet Oriental Dinner bermula 28 Januari lalu hingga 18 Februari ini, setiap hari Khamis sehingga Sabtu, bermula pada jam 7 malam sehingga 10 malam.
Para pelanggan yang mempunyai kad keahlian istimewa RBC akan layak mendapat diskaun 10 peratus.