RBC terima pelindung muka, penyembur Nano K5

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Royal Brunei Culinary (RBC) merakamkan penghargaan kepada DCON Sdn Bhd atas sumbangan mereka berupa 1,000 keping pelindung muka dan 20 unit penyembur Nano K5.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Komersial DCON Sdn Bhd, Wong Ka Min kepada Pengurus Institutional Hospital Catering RBC, Dayang Siti Normah binti Haji Talip, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RBC, di sini, hari ini, walaupun pandemik ini amat menyukarkan bagi semua orang, namun kemurahan hati serta dedikasi mereka dalam masyarakat tidak pernah berganjak.

Oleh itu, DCON Sdn Bhd menyatakan harapan supaya sumbangan mereka itu akan memberikan manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan kakitangan RBC.

Sumbangan daripada DCON Sdn Bhd yang diterima oleh RBC membolehkannya untuk terus menyediakan persekitaran selamat bagi kakitangan mereka khususnya kakitangan barisan hadapan dalam menyediakan hidangan bagi mereka yang menjalani kuarantin.

Wong Ka Min menyerahkan sumbangan kepada Dayang Siti Normah, baru-baru ini. – Gambar serahan RBC