RCB bantu ahli IAB memerlukan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 6 SEPT – Dalam menyahut seruan Persatuan India Belait (IAB) untuk membantu ahli-ahlinya yang berdepan kesusahan semasa pandemik COVID-19 ini, Kelab Rotary Belait (RCB) telah menyampaikan pelbagai sumbangan yang diterima oleh persatuan berkenaan.

Selepas perbincangan antara ahli-ahli lembaga pengarah, RCB membeli beberapa keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, ubi kentang dan limau, yang diserahkan kepada persatuan berkenaan pada 4 September lalu.

Hadir untuk menyerahkan sumbangan berkenaan yang diterima oleh Presiden IAB, Salimo ialah Presiden RCB, Henrietta Hiew.

Dengan sumbangan berkenaan, IAB dan RCB berharap bahawa ia akan dapat membantu 70 warga India dan Bangladesh yang akan menerima sumbangan tersebut bagi mengurangkan bebanan disebabkan langkah-langkah pengawalan ketat yang dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik di negara ini.

Presiden RCB menyerahkan sumbangan kepada Presiden IAB. – Gambar serahan RCB