Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    RCB bantu komuniti memerlukan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 17 JUN – Dengan matlamat menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada komuniti memerlukan, Gabenor Daerah Rotary Daerah Antarabangsa Daerah 3310, Dolly Yeap telah mengadakan kunjungan muhibah ke beberapa kawasan di Brunei baru-baru ini.

    Kunjungan beliau diiringi Penolong Gabenor, Clement Yong dan dialu-alukan Presiden Kelab Rotary Belait (RCB), Henrietta Hiew.

    Juga hadir ialah Setiausaha Camille Chai; Pentadbiran Kelab merangkap Sergeant-At-Arm Helen Tang dan ahli-ahli Kelab Rotary.

    Kawasan pertama yang dikunjungi rombongan adalah perkampungan terpencil Labi, di mana mereka melawat seorang lelaki buta, Ah Siew, yang telah menerima bantuan kelab sejak beberapa tahun lalu sebagai sebahagian daripada projek berterusan RCB.

    Ia termasuk projek di mana RCB, dengan kerjasama Pan-EL Electrical & Engineering Sdn Bhd telah memasang sistem panel solar untuk lelaki buta itu, dan telah membekalkan rumahnya dengan bekalan elektrik sejak 2013.

    Rombongan Kelab Rotary pimpinan Dolly Yeap melawat seorang lelaki buta di Kampung Labi baru-baru ini. – Gambar serahan Kelab Rotary Belait
    Rombongan bergambar semasa melawat Taman Rekreasi Luagan Lalak.

    Kelab juga sentiasa memastikan sistem panel solar berfungsi dengan baik selain menyediakan keperluan asas kepada lelaki itu.

    Seterusnya, rombongan mengadakan lawatan ke Taman Rekreasi Luagan Lalak, Rumah Panjang Mendaram dan ladang buah berhampiran.

    Selepas kunjungan ke Labi, rombongan Gabenor Daerah Dolly Yeap menziarahi Rumah Orang Tua Seria untuk meluangkan masa bersama warga emas serta menyerahkan sampul merah atau angpau, makanan, pelitup muka dan tuala RCB kepada mereka.

    Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada projek komuniti tahunan kelab bertujuan membantu warga emas,individu berkeperluan khas dan pelajar memerlukan.

    Aktiviti lain yang dianjurkan termasuk Kem Kepimpinan Belia, kempen derma darah dan projek bantuan COVID.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...