Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

RCB bersihkan rumah orang tua

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 2 MAC – Sempena Hari Rotary Sedunia, ahli-ahli Kelab Rotary Belait (RCB) telah menyambut hari kebaikan dan keamanan dengan melawat Rumah Orang-orang Tua, Seria bagi membantu warga emas yang tinggal di sana.

Dipimpin oleh presiden mereka, Henrietta Hiew, kumpulan itu telah mengambil bahagian secara sukarela untuk membersihkan kawasan persekitaran serta meluangkan masa bersama orang-orang tua yang tinggal di sana semasa makan tengah hari.

Hari Rotary Sedunia, juga dikenali sebagai Hari Kedamaian dan Pemahaman Antarabangsa, adalah satu perayaan tahunan bagi menandakan penubuhan Rotary International dan bertujuan untuk menggalakkan dan menginspirasikan tindakan di seluruh dunia bagi membantu mereka yang memerlukan.

Gambar ramai ahli-ahli RCB dengan warga emas di Rumah Orang-orang Tua, Seria. – Gambar serahan RCB

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -