Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

RCB lantik ahli baharu

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 6 JAN – Kelab Rotary Belait (RCB) telah mengalu-alukan ahli baharunya pada majlis pelantikan yang diadakan di sebuah restoran di Seria, malam kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah mantan Gabenor Daerah, Jeff Yong Teck Chin yang bersama ahli-ahli jawatankuasa dan RCB serta ahli-ahli Kelab Rotary Bandar Seri Begawan (RC BSB) telah dialu-alukan oleh Presiden RCB, Henrietta Hiew.

Pada majlis itu, ahli terbaharu kelab berkenaan, Alice Chan Tze Lim mengangkat ikrar janji untuk mendukung misi kelab.

Bagi memperingati acara berkenaan, tetamu kehormat menyampaikan Pin Antarabangsa Rotary dan pin tema kepada ahli baharu, sementara Presiden RCB menyampaikan sijil keahlian.

Majlis perhimpunan ahli-ahli RCB itu juga peluang bagi Penolong Gabenor Daerah 3310 Jimmy Chung untuk menyampaikan ucapan ringkas mengenai peranan penting yang dimainkan oleh pegawai kelab dalam mendukung misi dan imej kelab.

Alice Chan Tze Lim melafazkan ikrar janji untuk mendukung misi kelab pada majlis pelantikan yang diadakan di sebuah restoran di Seria, baru-baru ini.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama ahli RCB yang baru dilantik pada majlis tersebut.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -