Wednesday, February 1, 2023
25.4 C
Brunei

-

RCB tinjau dua sekolah Cina di Belait

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 18 OGOS – Sebagai sebahagian daripada inisiatif dan projek berterusannya untuk memberi balik kepada masyarakat serta membantu mereka yang memerlukan, satu rombongan dari Kelab Rotary Belait (RCB) telah melawat beberapa buah sekolah Cina yang terletak di Daerah Belait, baru-baru ini.

Mengetuai rombongan berkenaan ialah Presiden RCB, Henrietta Hiew yang ditemani Setiausaha RCB, Camille Chai; Khidmat Belia RCB, Patrick Lai; dan ahli RCB, Agnes Hwong.

Antara sekolah yang dikunjungi adalah Sekolah Chung Hwa, Labi dan Sekolah Chung Lian, Sungai Liang, yang mana lawatan itu merupakan susulan kepada penyampaian sumbangan yang dibuat sebagai sebahagian daripada Skim Bantuan Pelajar yang dilaksanakan oleh kelab tersebut hampir setahun yang lalu.

Lawatan itu menyaksikan rombongan bertemu ahli-ahli lembaga pengarah sekolah-sekolah berkenaan, para penyelia dan pengetua-pengetua untuk mendapatkan pemahaman mengenai situasi semasa di setiap sekolah serta sebaran masalah yang dihadapi.

Selain itu, rombongan pelajar juga mengambil kesempatan meninjau kemudahan-kemudahan sekolah dan membuat penilaian mengenai apa yang diperlukan untuk menambah baik keadaan dan persekitaran pembelajaran.

Tujuan lain lawatan itu adalah untuk menyerahkan kad jemputan kepada wakil-wakil sekolah bagi menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-55 RCB yang dijadualkan diadakan pada 20 Ogos ini.

Rombongan RCB menyerahkan kad jemputan kepada salah seorang wakil sekolah semasa lawatan itu. – Gambar serahan RCB
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -